Myspace Layouts

RPH PK tahun 2

Berikut merupakan RPH Pendidikan Kesihatan tahun 2:

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 2

Mata Pelajaran             : Pendidikan Kesihatan
Kelas                          : 2A
Tarikh                         : 10/10/ 2011 (ISNIN)
Masa                          : 0820 – 0920 pagi
Bilangan pelajar            : 23 orang
Tunjang                      : Gaya Hidup Sihat Dan Selamat
Tajuk                          Pemakanan
Sub- tajuk                   : (a) Makanan harian
Tema                          : Pengambilan makanan harian mestilah yang berkhasiat, bersih dan 
                                    selamat.
Pengetahuan Sedia Ada  : Pelajar pernah lihat pelbagai makanan dalam kehidupan mereka.
Objektif Pengajaran       : Pada akhir pengajaran, murid–murid dapat:
1.       mengetahui dan membezakan makanan berkhasiat dan makanan  tidak berkhasiat.
2.  memberi contoh-contoh makanan  yang berkhasiat dan  makanan tidak berkhasiat .
3. memamparkan makanan berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat di tempat yang betul.  
Nilai-nilai Murni             : Berjimat, menjaga kebersihan dan berdisiplin 
Kemahiran Berfikir          : Menjana idea, meneliti dan meramal
Bahan Bantu Mengajar   : Buku teks, kertas latihan, notebook, LCD, Kertas A4 berwarna, sampul 
                                  surat dan gambar-gambar pelbagai jenis makanan.
  
Langkah/ Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set
induksi
(5 minit)
Pengenalan tajuk
pelajaran :
Makanan berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat
1. Guru menunjukkan tayangan video “Makanan kurang berkhasiat” dan menanya:
“Murid-murid pernah makan mi segera dan air bergas?”
(murid-murid bebas memberi jawapan)
2. Guru menggunakan power point menunjukkan gambar rajah berkaitan makanan.
3. Guru memberitahu murid-murid bahawa mereka akan mempelajari makan berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat. 
BBM:
- tayangan video “makanan kurang berkhasiat”
-  Persembahan
   power point
 (slaid 3 -  slaid 7)

Langkah 1
(10 minit)
Mengenal pasti dan membezakan makanan berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat.
1. Guru menayangkan persembahan power point sambil membimbing murid-murid memberi pandangan dan pendapat tentang kedua-dua memek muka budak lelaki itu.
2. Guru bercerita berkaitan makanan berkhasiat, bersih dan selamat.
3. Guru bercerita berkaitan makanan tidak berkhasiat dan risikonya.
4. Guru meminta murid memberi contoh -contoh makanan berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat.
BBM:
- Persembahan
  power point
(slaid 8 dan slaid 9)
Langkah 2
(10 minit)
Menjelaskan kelas makanan berpandukan piramid makanan.
1.    Guru menayangkan persembahan power point berkaitan piramid makanan.
2.    Guru memberi penerangan makanan berpandukan setiap aras piramid makanan.
BBM:
- Persembahan
  power point 
(slaid 10 -slaid14)



Langkah 3
(10 minit)
Mengenal pasti nama makanan berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat.
1.  Guru meminta murid membuka buku teks muka surat 60 dan 61.
2.  Guru membimbing murid membaca dan memahami petikan dalam buku teks.
3.  Guru membimbing murid-murid menyebut nama makanan yang terdapat dalam muka surat 60 dan muka surat 61.
BBM:
- Buku teks
Langkah 4
(20 minit)
Aktiviti kumpulan
1.  Guru memberi setiap kumpulan satu sampul surat yang mengandungi gambar-gambar makanan serta sehelai kertas A4 yang berwarna (warna kertas A4 mengikut kumpulan ).
2.  Guru meminta murid-murid  setiap kumpulan bekerjasama mewarnakan   gambar makanan yang didapati.
3.  Guru meminta murid-murid melekatkan makanan mengikut kumpulan iaitu makanan berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat di dalam petak yang telah disediakan di atas kertas A4.
4.   Guru meminta setiap kumpulan menunjukkan hasil kerja mereka di depan kelas.
BBM:
- Sampul surat
- Gambar- gambar makanan
berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat.

 - kertas A4
  berwarna
Penutup
(5 minit)
Kertas latihan
(rujuk lampiran )
1.    Guru mengedarkan kertas latihan bagi setiap murid.
2.    Guru meminta murid mewarnakan gambar makanan berkhasiat dan bulatkan makanan tidak berkhasiat.
3.    Guru memberi nasihat dan berharap murid-murid dapat menjaga kesihatan diri dengan banyak makan makanan berkhasiat dan kurangkan makan makanan tidak berkhasiat.
BBM :
- Kertas latihan



Membanding beza