Myspace Layouts

Gula

Murid-murid bolehkah anda jelaskan , apakah itu gula?

§  Gula  adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber  tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh.

§  Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa.

§  Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesan.

§  Pengambilan gula tambahan tidak diperlukan dalam diet harian kerana gula boleh diperoleh daripada makanan yang mengandungi karbohidrat.