Myspace Layouts

PEMAKANAN BERASASKAN DIET SEIMBANG

Pemakanan berasaskan diet seimbang 

Corak pemakanan juga dapat membantu kita menghindarkan diri daripada stres.  Di samping untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan memastikan agar tahap mental dan badan kita sentiasa sihat, amalkan diet atau pemakanan yang seimbang dan berkesan.

Sumber makanan boleh di dapati daripada enam kumpulan iaitu vitamin, tenaga, karbohidrat, protein, lemak dan zat besi.  Kumpulan makanan ini dikenali sebagai piramid makanan seperti roti dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging, barangan hasil tenusu, lemak dan gula-gula.
  
KENAPA KITA PERLU MENGAMBIL DIET SEIMBANG

·        Makanan yang mengandungi diet seimbang membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan badan bagi membantu mengatasi stres.
·        Tiada satu kumpulan makanan yang boleh memberi semua zat yang diperlukan.  Untuk memastikan badan kita mendapat semua zat, kita perlu mempelbagaikan pemilihan makanan dalam setiap kumpulan makanan seperti piramid makanan.


                                          



 PIRAMID MAKANAN

Lemak, Minyak dan Gula

-          Mengandungi kolestrol yang hanya perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

Makanan memberi tenaga (karbohidrat dan lemak)

-          Susu, Hasil tenusu, Telur, Ikan, Daging dan Kekacang.

-          Mengandungi protein dan ia perlu di ambil dalam kuanatiti yang sederhana

Makanan membina badan (protein)

-          Buah-buahan dan Sayur-sayuran

-          Buah-buahan dan sayuran mengandungi vitamin yang diperlukan oleh tubuh dan perlu di ambil dalam kuantiti yang banyak

Makanan mencegah penyakit (vitamin dan mineral)

-          Bijiran, Nasi, Roti, Mee dan Ubi

-          Nilai karbohidrat amat penting kepada tubuh.  Oleh itu, pengambilan jenis makanan ini perlu di ambil dalam kuantiti yang banyak.